Hi, saudara-saudari! Selamat kunjungi laman https://emiliyabahasamelayu.blogspot.com/ . Coretan Cerita Saya Seorang guru Bahasa Melayu yang masih dalam penerokaan teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Walaupun pada asalnya Bahasa Melayu bukan subjek kegemaran saya, tetapi semasa di universiti saya telah ditawarkan Bahasa Melayu sebagai major saya. Tak kenal maka tak cinta, selepas beberapa tahun mendalami susur galur Bahasa Melayu, minat terhadap penggunaan Bahasa Melayu membara dalam jiwa saya! Apabila saya mendapat penempatan di sebuah sekolah SJK(C) dan mengajar murid-murid yang bukan penutur jati, pelbagai cabaran telah saya tempuh dalam mendidik anak bangsa kita menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, dengan adanya tunjuk ajar daripada guru-guru senior, saya dapat menongkah arus cabaran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Justeru, di sisi saya merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tunjuk ajar daripada sem