Tentang Diri Saya

Hi, saudara-saudari! Selamat kunjungi laman https://emiliyabahasamelayu.blogspot.com/.

Coretan Cerita Saya

Seorang guru Bahasa Melayu yang masih dalam penerokaan teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Walaupun pada asalnya Bahasa Melayu bukan subjek kegemaran saya, tetapi semasa di universiti saya telah ditawarkan Bahasa Melayu sebagai major saya.

Tak kenal maka tak cinta, selepas beberapa tahun mendalami susur galur Bahasa Melayu, minat terhadap penggunaan Bahasa Melayu membara dalam jiwa saya! 

Apabila saya mendapat penempatan di sebuah sekolah SJK(C) dan mengajar murid-murid yang bukan penutur jati, pelbagai cabaran telah saya tempuh dalam mendidik anak bangsa kita menguasai kemahiran berbahasa Bahasa Melayu. Namun  begitu, dengan adanya tunjuk ajar daripada guru-guru senior, saya dapat menongkah arus cabaran dalam pengajaran Bahasa Melayu. 

Justeru, di sisi saya merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada tunjuk ajar daripada semua guru dan rakan bekerja. Terima kasih!


Perkongsian Pintar Pendidikan

Sebagai seorang guru yang masih menimba pengalaman dalam mengajar Bahasa Melayu, saya mendapati sumber Bahasa Melayu masih perlu diperkaya untuk meningkatkan keseronokan dan keberkesanan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). 

Blog ini juga sebagai catatan pengalaman PdPc saya untuk refleksi dan sekaligus mendapat tunjuk ajar daripada guru-guru lain yang berinovasi dan berdedikasi di seluruh dunia. Masih terdapat banyak ilmu menanti penerokaan kita bersama.

Dunia pendidikan bermula dari sini!


Harapan

Pendek kata, saya berharap idea-idea yang disumbangkan ini dapat membantu guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Sekirannya anda memerlukan bantuan atau mempunyai soalan, tuliskan komen anda dalam ruang komen. Saya sedia menghulurkan anda bantuan dengan tangan terbuka!


Yang iklhas,

Emilia
https://emiliyabahasamelayu.blogspot.com/.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Barangan Tempatan Di Malaysia

Tips and fast way building Wordwall Activities

Permainan Bahasa: Permainan Kad "Keluarga Bahagia"