Barangan Tempatan Di Malaysia

Barangan Tempatan Malaysia

Apakah barang tempatan Malaysia??๐Ÿ‘ ๐Ÿž๐Ÿ‘—๐Ÿ‘œ๐Ÿ‘๐Ÿ“‘๐Ÿ“

Menurut Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), barangan tempatan merujuk kepada produk yang dikilangkan di Malaysia dan mengandungi sekurang-kurangnya 51% bahan atau kandungan tempatan dan produk-produk yang dikeluarkan hendaklah melibatkan aktiviti proses pengilangan (manufacturing activity).



 

Jenama produk dan barangan Malaysia

Sedarkah anda bahawa banyak produk dalam rumah kita ialah jenama kebanggaan Malaysia??


1.  Gardenia

Mengapa Orang Sabah & Sarawak Beli Roti Gardenia Secara Borong ...
Pasti kita pernah lihat roti Gardenia yang ada aneka perisa dan jenis. Roti Gardenia menjadi pilihan masyarakat Malaysia, rotinya lembut, enak dan harga berpatutan. Mulakan hari anda dengan roti Gardenia!

Latar Belakang

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ialah subsidiari kepada sebuah syarikat kumpulan makanan, QAF Ltd, yang juga mengendalikan kilang-kilang roti Gardenia di Singapura, Filipina dan tidak lama lagi akan mengembangkan operasinya di Fujian, China.

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd juga adalah syarikat bersekutu Padiberas National (BERNAS).

Sepintas lalu sejarah Gardenia

Pada tahun 1969, Horatio Sye Slocum, seorang warga America, telah dihantar oleh ‘International Executive Service Corp’ (IESC) ke Malaysia Timur untuk membuka kilang membuat roti. Mr. Slocum membawa bersamanya 35 tahun pengalaman yang diperolehi dari salah satu rangkaian kilang pengeluaran roti yang terbesar di Amerika. Maka lahirlah Gardenia.

Roti pertama Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. telah diuli buat pertama kali dikilang pengeluarannya pada tahun 1986. Hanya di dalam masa 4 tahun sahaja ianya berjaya menerajui pasaran roti, satu pencapaian yang amat mengkagumkan dengan kadar 99 % ’brand recall ’ dan 80 % ’top-of-mind recall’.

Tahun demi tahun dan langkah demi langkah, Gardenia berjaya berkembang dan mengeluarkan pelbagai cita rasa produk. Dengan kekuatan jenamanya, Gardenia kini telah menghasilkan rangkaian produk untuk memenuhi permintaan orang ramai.

2. Spritzer

SPRITZER – The Clinically Proven Silicon Rich Natural Mineral ...
Spritzer mendapat sokongan pengguna tempatan dengan airnya yang bersih dan selamat diminum! Air mineral Spritzer senang didapati, kelihatan pasar, gerai, kedai runcit sehingga pasar raya ada pasarannya.

Semua orang tahu Spritzer sebagai air mineral semula jadi terlaris di Malaysia. Sejak akhir 1980-an, Spritzer Group of Companies, yang terdiri daripada lapan (08) anak syarikat, telah mengkhususkan diri dalam pembuatan dan pengedaran air mineral semula jadi, air mineral semula jadi berkilau, air minuman suling, minuman berperisa buah-buahan berkarbonat, berkarbonat minuman berperisa buah-buahan tidak berkarbonat, minuman berfungsi, berus gigi, dan pembungkusan botol.

Spritzer berusaha sedaya upaya untuk menjaga lokasi sumber air mineral semula jadi seluas 330 hektar kami di Taiping, Perak seperti penjaga yang berjaga-jaga, menjamin kebersihan sumber air bersih - dilindungi dari apa-apa sahaja yang berpotensi mencemarkan dan merosakkannya.

Dikendalikan oleh profesional yang berkelayakan sambil dilengkapi dengan teknologi pembotolan automatik dan canggih, anda boleh yakin bahawa setiap produk Spritzer luar biasa dari kualitinya, yang menjelaskan sebab Spritzer telah memperolehi banyak anugerah selama bertahun-tahun.



3. Buah-buahan tempatan
Gambar Gambar Buah Buahan Tempatan Cikgushahbm Mari Kita Bersama ...
Malaysia bukan sahaja mempunyai pelbagai tempat-tempat yang memikat hati pelancong antarabangsa, tetapi juga memiliki aneka jenis buah-buahan yang sedap dan berkhasiat. Sebagai contoh, durian Malaysia mendapat sambutan yang tinggi di luar negara.


4. Munchy

CVC Capital close to buying Munchy Group for RM1.1b | The Star

Munchy dengan aneka pilihannya yang merangkumi pelbagai jenis biskut yang berperisa istimewa memikat hati peminatnya. Kini, Munchy juga memperkenalkan roti Croissant yang juga menjadi pilihan sarapan rakyat Malaysia.

Segalanya bermula pada tahun 1991. Sekumpulan penggemar biskut merumuskan kejayaan pertama mereka dengan mesin wafer terpakai di sebuah bandar kecil yang tenang di selatan Malaysia.

Pada tahun 1993, mereka akhirnya berkongsi ciptaan mereka yang indah kepada dunia dengan kelahiran Munchy's. 3 tahun kemudian, gelombang keseronokan baru digetarkan dengan pelancaran produk baru: MUZIC, MUNCHINI dan LEXUS. “Trailblazer” yang sedap ini dicampurkan dan dibakar di kilang ikonik Munchy di Batu Pahat.

Tidak lama kemudian, ciptaan Munchy yang sedap berjaya menawan hati warga Malaysia. Untuk memenuhi permintaan global, Munchworld Marketing ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai pengedar di seluruh dunia.


5. Life

Himpunan ayat,fakta dan sebagainya - Sebelas - Wattpad6.
Adakah keropok perlu dimakan dengan sos cili bersama? Adakah ayam goreng KFC perlu dimakan dengan sos cili? Jawapannya mesti "Ya" bagi kebanyakan orang. Sos cili dan tomato Life bukan sahaja menjadi makanan lebih sedap dimakan tetapi juga digunakan untuk memasak lauk-pauk.
Sos Life adalah jenama sos yang terdiri daripada Sos Cili, Sos Tomato, Sos Bawang Putih, Sos Cili Halia, Sos Cili Thai, Sos Tiram, Sos Plum, Sos Masam Manis, Sos Hoi Sin dan Sos Lada Hitam.
Produk lain yang turut dikeluarkan di bawah jenama Life ialah Sos Barbeku, Sos Kacang Hitam, Pes Tomyam, Pes Halia, Pes Kari Assam, Pes Kari Ayam, Pes Kari Makanan Laut, Pes Kacang Hitam dan Bawang Putih, Pes Kari Laksa, Pes Sambal Tumis, Pes Cili Thai dan Pes Sambal Oelek.
Jenama Life bermula tahun 1978 dikeluarkan oleh Region Food Industries (RFI). Pada tahun 1994 RFI telah dibeli oleh KFC Holding sebagai sokongan bagi membekalkan sos kepada rangkaian restoran KFC seluruh Malaysia.
Kini RFI merupakan peneraju serta pembekal produk sos original dan berkualiti bukan sahaja di Malaysia bahkan di beberapa negara luar seperti di Perancis, Australia, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat, Britain dan negara serantau.

6. Mamee
SEJARAH JENAMA MAMEE HINGGA DIPASARKAN KE 100 NEGARA | PUBI Perak
Makanan ringan Mamee menjadi kenangan manis ramai rakyat Malaysia semasa zaman kanak-kanak. Kini, Mamee bukan sahaja mempunyai produk jenis mi segera tetapi sudah ada biskut dan juga minuman. Mamee diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin.

Pada tahun 1971, Datuk Pang Chin Hin mengajak rakan beliau mengusahakan produk mi segera. Dengan tidak tahu apa-apa pun tentang mi segera, Chin Hin pun buka kilang kecil-kecilan bagi menghasilkan makanan tersebut.

Kemudian, beliau hantar anak lelakinya, Tee Chew belajar di Jepun dan bekerja dengan sebuah kilang mi segera di sana.

Ketika pulang ke Malaysia, Tee Chew terus diberi tanggungjawab membuat kerja pemasaran manakala Chin Hin terus fokus terhadap kilang mereka itu.

Mula-mula nama mi segera dinamakan Lucky, malangnya nama Lucky tidak menangkap perhatian pengguna kerana terpaksa bersaing dengan jenama mi segera lain yang sudah terkenal seperti Maggi dan Cintan.

Pada suatu hari, semasa Tee Chew tengah menjual mi segeranya, dia ternampak sekumpulan kanak-kanak sedang makan mi segera yang tidak dimasak.

Dari situ dia mendapat ilham untuk menghasilkan mi segera yang sudah pun tersedia dimasak maka lahirlah – MAMEE MONSTER!

7. Tisu Premier 

Premier Special Face Tissue Box, 2 Ply, 200 Pulls (Pack of 3 ...PREMIER Pocket Tissue 5T 5 x 12 x 1 (end 6/12/2019 10:33 AM)

Siapa sangka Tisu Premier ini ialah barangan buatan Malaysia. Tisu Premier merupakan produk tisu yang berkualiti di pasaran. Apabila kita menjamu selera di mana-mana kelihatan Tisu Premier digunakan sama sama ada oleh pengunjung atau disediakan di atas meja oleh pengusaha tempatan.

Tisu Premier ini dihasilkan oleh Syarikat Nibong Tebal Paper Mill (NTPM).

Pada tahun 1975, syarikat ini ditubuhkan oleh Lee See Jin dan memulakan operasinya di bawah sepanduk NTPM. Pada tahun 1979, syarikat itu mula menghasilkan tisu gulung dan produk kertas lain, yang diperbuat daripada bahan buangan kitar semula. 

Kertas Pembungkus Nibong Tebal membeli mesin pembuat kertas dari Taiwan dan memulakan pengeluaran produk komersial kertas mereka. Antara tahun 1983 dan 1986, syarikat mencatatkan jualan mereka melebihi 10 juta ringgit Malaysia dan mula mengembangkan operasi mereka ke Singapura serta memperolehi kemudahan mesin baharu untuk memperluas kapasiti pengeluaran mereka. 

Menjelang pertengahan 1990-an, Nibong Tebal Paper Mill meluaskan bekalannya ke pasar raya tempatan di bawah bahagian pengedarannya, NTE dan menghasilkan produk tisu di bawah jenama "PREMIER" sebagai sebahagian daripada usaha jualan dan pemasaran mereka. Menjelang tahun 2003, syarikat itu melabur RM800,000 untuk menghasilkan jenama dalaman dan memperoleh mesin pembuatan kertas di Itali yang dapat menghasilkan 100 tan kertas tisu.

8. Dutch Lady

Fundamental Analysis: Dutch Lady Milk Industries – Focus Investing

Dutch Lady dalam bahasa melayu bermaksud wanita Belanda. Namun begitu, anda pasti akan sangka Dutch Lady berasal dari Belanda, tapi sangkaan anda itu 50/50 betul. Mengapa begitu?

Mula-mulanya, syarikat ini bermula dengan Pacific Milk Industries (Malaya) Sdn. Bhd. pada 28 May 1963 dengan tujuan operasi untuk menghasilkan susu pekat manis di Petaling Jaya. Walaupun syarikat ini dimiliki oleh syarikat Belanda, tetapi Dutch Lady memulakan operasi penghasilan susu pertama di Selangor, Malaysia.

Pada 24 September 1968, syarikat ini menjadi syarikat susu pertama yang disenaraikan dalam Stock Exchanges Kuala Lumpur dan Singapura. Pada tahun 1975, syarikat ini menukarkan namanya kepada Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad, yang kemudiannya ditukarkan lagi kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad.

9. Jimmy Choo

Women Stylish Handbags Collection 2012 by Jimmy ChooShoe designer Datuk Jimmy Choo: "I started from the bottom. My ...

Pasti anda pernah dengar nama Jimmy Choo. Namanya bukan sahaja muncul dalam televisyen, majalah dan internet tetapai juga dalam buku teks sekolah rendah! Jimmy Choo merupakan warganegara Malaysia yang berbakat dalam mereka cipta.

Jika anda menonton rancangan televisyen Hollywood, pasti anda sedar ramai seniman dan seniwati luar negara berbangga sekiranya memiliki kasut rekaan Jimmy Choo. Kasut rekaan beliau disanjungi tinggi oleh barat, kerana kualiti yang tinggi serta rekaan yang menarik dan istimewa.

Datuk Jimmy Choo Yeang Keat (ๅ‘จไปฐๆฐ) adalah seorang pereka kasut yang bertaraf antarabangsa dan terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan di Georgetown, Pulau Pinang pada 15 November 1948. Nama sebenar Datuk Jimmy Choo adalah Jimmy Chow. Syarikat pendaftaran telah tersalah mengeja nama beliau menjadi Jimmy Choo pada sijil kelahiran. Namun hikmah besar daripada kesilapan itu adalah sehingga kini, nama Jimmy Choo dikenali di seluruh dunia oleh pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan bangsawan dan selebriti.

10. Faster

Wholesale Price Office Supply - Faster Permanent Marker 70 ...FASTER BALL PEN BP-CX-336 0.6mm | Shopee Malaysia


Faster boleh menjadi alat tulis pilihan rumah, syarikat dan juga sekolah. Alat tulisnya yang aneka jenis dan harga berpatutan menjadi pilihan pekerja pejabat, guru dan murid-murid di sekolah. 

Pada tahun 1978, bermulanya titik tolak jenama Faster dengan sebuah syarikat yang kecil oleh 5 orang rakan bekerja sendiri yang dikenali sebagai SHUN LEE TRADING, di sebuah kedai separuh perkongsian yang disewa, mengedarkan alat tulis, barang kosmetik dan pelbagai barang.


11. Goodmaid

19 Brands You Didn't Know Were Owned Or Marketed By Robert Kuok

Goodmaid merupakan produk pembersihan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sebaik sahaja ada kerja pembersihan, timbulah Goodmaid untuk meningkatkan keberkesanan  pembersihan.

Pada tahun 1988, bermulanya Goodmaid Chemicals Corporation (GCC) Sdn. Bhd. Asalnya, syarikat ini hanya mempunyai 4 buah produk sahaja. Dalam beberapa tahun, GCC telah berkembang maju di pasaran domestik dan juga antarabangsa.

Setelah beroperasi selama 26 tahun, Saraya Global Japan (SGJ) telah membeli GCC pada tahun 2014. Selepas pembelian ini, GCC bertambah teguh dengan ahli profesional dan pengetahuan teknikal dari SGL. Ke mana sahaja kedai runcit mahupun pasar raya di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak yang kita kunjungi, pasti ada sahaja produk Goodmaid.

Sekarang, SGL telah berjaya memperkenalkan pelbagai produk mereka dan melibatkan diri aktif dalam industri produk dan perkhidmatan perindustrian. Mereka turut menjadi pembekal produk pencuci serta penjagaan diri kepada kontraktor, syarikat perkhidmatan pencucian, hotel serta kilang-kilang tempatan serta luar negara.

Rujukan
1. 10 Jenama Antarabangsa dari Malaysia. 

Pautan videohttps://www.youtube.com/watch?v=v-YqU3HmcVc&t=16s

2. Laman Web Rasmi Gardenia: https://www.gardenia.com.my/aboutus-m.html


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tips and fast way building Wordwall Activities

Permainan Bahasa: Permainan Kad "Keluarga Bahagia"